Monday 26 August 2013

Pengkhianatan Dr Hatta dan Anwaris Terhadap PAS


Menurut athar Ibnu Abbas
R.A: "Sebagaimana
melakukan terhadap seseorang, begitulah juga diperlakukan". Begitulah kedudukan Anwaris yang mengkhianati PAS melalui penyerahan kerusi-kerusi penting Parlimen dan DUN sebagai satu pengkhianat terhadap PAS dan mengaut laba dan keuntungan dari Anwar, begitulah juga diperlakukan Anwar terhadap Anwaris yang bakal menyerahkan jawatan exco-exco negeri Selangor dan segala kepentingan Anwaris kepada UMNO semata-mata laba dan keuntungan UG versi Anwar yang sedang dibincangkan.

Dr Hatta adalah figure penting yang memainkan peranan untuk menjayakan visi dan misi Anwar sebagai perdana menteri dalam pru 13 yang lalu. Beliau dilihat lebih menghormati Anwar berbanding Presidennya sendiri. Dr Hatta pernah mengkhianati presidennya sendiri dan mempertahankan tindakan salah seorang daripada Ajk PAS Pusat yang secara terang-terangan menghina Presiden PAS iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH). Kebiadaban Ajk PAS Pusat tersebut telah dianggap oleh Dr Hatta sebagai satu muhasabah untuk Presiden PAS. Seolah-olah sudah ada kesepakatan untuk membuli Presiden dan tindakan yang tidak berakhlak.
Dr Hatta juga pernah dalam kes yang lain pula mempertahankan tindakan menuding jari ke arah Presiden PAS yang dilakukan oleh Ajk PAS Pusat yang sama.

Selain itu, Dr Hatta turut menyalurkan maklumat penting kepada Tulang Besi dan blogger-blogger upahan mereka.
Apakah tujuan beliau melakukan sedemikian terhadap Presiden PAS? Sedangkan dalam masa yang sama beliau dilihat lebih mesra PKR.Dr Hatta juga pernah menyatakan hatinya sudah tidak sabar kerana TGHH mengenepikan PKR dalam perkara yang berkaitan dengan UG. Malah, hatinya geram kerana mengenepikan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.Secara tiba2 disaat akhir sebelum hari mengundi pru 13, PKR mengisytiharkan Anwar sebagai perdana menteri sedangkan ia tidak pernah disepakati di dalam Majlis Presiden PR. Adakah Dr Hatta tidak mengetahui tentang rancangan mengisytiharkan Anwar sebagai perdana menteri atau memang beliau turut terlibat dalam rancangan tersebut?

Tambahan pula, Dr Hatta Ramli bersama beberapa orang kuatnya di Selangor juga pernah berusaha dan berjaya melepaskan kerusi-kerusi penting PAS di Selangor kepada Anwar semata-mata mendapat laba ekonomi dari Anwar yang merupakan perancang utama ekonomi Selangor. Kali ini, Anwar yang berulang-ulang kali merayu Najib agar memberi ruang kepadanya tampok pemerintahan negara terutamanya jawatan Timbalan Perdana Menteri menawarkan kepada UMNO kepimpinan Selangor dari jawatan menteri besar sehingga segala kepentingan Selangor walaupun terpaksa merentap semua kepentingan ini dari Anwaris.
Inilah hakikatnya bagi pencinta-pencinta kuasa dan harta semata-mata. Agama dan maruah parti menjadi gadaian untuk memastikan Anwar dan Anwaris mendapat tempat. Biar pun Anwaris mendapat kecaman hebat dari ahli-ahli PAS, namun mereka tetap juga meneruskan pengkhianatan. Namun, Tuhan itu Maha Kaya yang pasti membalas segala kejahatan dengan kejahatan yang setimpal.

UG Anwar hampir pasti kerana disambut oleh orang besar UMNO yang berjawatan menteri iaitu YB Zahid Hamidi. Setakat ini, tiada suara-suara sumbang dari pemimpin-pemimpin UMNO yang menolak UG ini (http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/from-around-the-blogs/58816-kisah-sebenar-anwar-yang-tawarkan-perpaduan-dengan-najib). Begitulah dari Anwar yang tidak menolak kemungkinan UG ini. UMNO dan PKR tidak bertepuk sebelah tangan (http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kenapa-anwar-lebih-didambakan-najib-bukannya-pas-untuk-membentuk-kerajaan-p). Kedua-dua belah sudah berbunyi. Anwaris pula, duduk tak senang hanya dua langkah tampak dipamerkan terhadap UG.

Langkah sumbang pertama adalah dari Dr Dzulkefly Ahmad yang langsung tidak menunjukkan reaksi terhadap kesan dan akibat UG Anwar. Apa yang digambarkan hanyalah kehebatan Anwar berbanding Najib (http://drdzul.com/2013/08/16/laluan-sukar-menanti-najib-selepas-perbincangan-kerajaan-perpaduan-terdedah/). Kemudian, langkah sumbang Anwaris muncul lagi. Sungguh sumbang kerana dibangkitkan UG UMNO-PAS yang langsung tiada kena mengena dengan UG versi Anwar. Hakikatnya, Anwaris ternganga, berangan-angan nak menjadi menteri kepada perdana menteri baru, tetapi yang dikendong pula bakal keciciran.

PAS mesti memikirkan kembali jawatan Pengarah Pilihanraya Pusat dan peranan Dr Hatta untuk penggal berikut. Perwakilan yang bijaksana perlu menilai dengan teliti perlakuan Dr Hatta selama ini pada Muktamar Agong PAS yang bakal menjelang tiba.

Zuzalee Ariffin

No comments:

Post a Comment